Monday, 30 September 2013

KECIL-KECIL CILI API

Pepatah Melayu ini bermaksud walaupun berbadan kecil tetapi berani atau mempunyai kelebihan/kepandaian yang tersendiri. Cili api juga disebut sebagai cili padi,cabai burung atau lombok rawit (sebutan dalam bahasa Jawa).Nama saintifiknya ialah capsicum frutescens linn .Dalam masyarakat Melayu cili api amat penting dalam kehidupan seharian mereka .Ini disebabkan kebanyakan masakan Melayu selalunya pedas-pedas belaka dan ia dianggap sebagai pembuka selera .

Sungguhpun kecil tetapi pedas

Menyemai cili api di petak semaian

Dipindahkan ke polibeg
Barisan polibeg berisi tanaman cili api. Antara musuh tanaman ini ialah serangga koya, afhid dan mites

 Tidak perlu ruang luas memadai disusun ditepi rumah

Mulai mengeluarkan hasil

Cantik juga jika ditanam di dalam pasu


Lanskap cili api....indah dan bermanfaat.Terima kasih kepada adinda Rabayah Bakri dan Zainal Abidin Tumijan atas sumber fotografi ini.Tahniah dan syabas kerana kalian telah berjaya mewujudkan suasana hijau dan lestari di keliling rumah di samping memperoleh hasil yang lumayan.

Harga borong cili api di pasaran Sabak Bernam adalah sekitar RM17.00 sekilo.

Sunday, 8 September 2013

BULUH MADU

Buluh madu sangat popular di kalangan masyarakat Melayu sekarang ini. Lantaran rebungnya enak mempunyai rasa manis-manis buah menyebabkan ramai yang menggemarinya terutama apabila dimasak lemak , kari atau ditumis pedas begitu sahaja.Buluh madu atau nama saintifiknya gigantochloa albociliata dikatakan berasal dari China akan matang untuk diambil rebungnya ketika 8 bulan  selepas penanaman.

Ketika rumpunnya masih kecil ia boleh dijadikan perhiasan atau lanskap.
Secara komersil ia ditanam pada jarak 5 hingga 6 meter.Untuk mendapatkan buluhnya ia perlu membesar hingga 6 tahun.Buluhnya pula boleh dijadikan pencungkil gigi, penyepit makanan (chopstick) dan kraftangan.

Rebungnya agak kecil ketika di awal penanaman.

Buluh madu boleh ditanam menggunakan keratan batang, keratan dahan berakar atau menggunakan kaedah tisu kultur (kaedah ini lebih efisyen untuk menghasilkan kuantiti yang besar)



Rumpun buluh madu yang tumbuh lebih merimbun.Saiz dan ruasnya lebih besar cukup matang untuk pelbagai kegunaan.
Rebung yang sesuai untuk dituai

Sunday, 18 August 2013

LIMAU PURUT

Limau purut amat sinonim dalam masyarakat Melayu. daunnya boleh dijadikan ramuan masakan sepertinya rendang,pecal dan tomyam. Buahnya sering digunakan sebagai pewangi bedak sejuk (hanya kulit limaunya sahaja yang diambil) dan digunakan dalam perubatan tradisional. Nama saintifik limau purut atau kaffir lime ialah citrus hystrix

Buah limau purut yang masih muda

Anak pokok limau purut sukar untuk dijaga kerana terdapat musuh utama iaitu ulat beluncas. Jika kurang perhatian , daunnya akan gondol dimakan ulat beluncas

 Tumbuh merendang apabila telah membesar

Buah limau purut biasanya bergandingan

Mudah untuk mengenali pokok limau purut kerana daun lekuk di bahagian tengah dan mempunyai bau yang kuat dan menyegarkan..

TAMAN HERBA NASUHA, PAGOH

Taman ini terletak di Kilometer 19 Jalan Pagoh Muar, Johor diasaskan oleh Encik Nasuha Kasian adalah taman herba yang terbesar di negara ini. Ia mengandungi lebih dari 130 spesies herba termasuk dari zon hawa sederhana sejuk seperti Amerika Syarikat dan Jepun ditanam di kawasan seluas 1000 hektar pada ketinggian 350 kaki dari aras laut.

 Muzium Rempah Ratus dan Herba

 Pintu Masuk yang unik


Restoran Herba

 Pelbagai hasil barangan dari herba: Noni (buah mengkudu ) dan Gora
Noni atau morinda citifolia baik untuk memperbaiki peredaran darah, melegakan sakit-sakit sendi dan membantu penghadaman makanan.Gora atau cola nitida pula baik untuk mengatasi keletihan dan kelesuan fizikal .Ia boleh memberikan kecergasan badan.

 Barangan Nutrition dari Asam Gelugur (garcinia atroviridis): menjurus kapada petua untuk melangsingkan tubuh badan dan mengurangkan berat badan.

Centella atau centella asiatica boleh memperbaiki peredaran, mengingkatkan daya ingatan,mengurangkan kelesuan dan baik untuk kesihatan kulit.




Serico atau strobilanthes crispus boleh merencatkan pertumbuhan sel kanser,melegakan kembung perut, melawaskan pembuangan air kecil dan besar.

Scaphium atau scaphium macropodium boleh mengurangkan kepanasan badan, lelah dan resdung serta mengurangkan kahak /melegakan batuk.


Hasil barangan herba di susun dengan begitu menarik

Rempah ratus jenama Mak Siti dihasilkan di sini.

Hiasan pada bilik tandas



 Lantai tandas reflesiologi dari batu bulat dari sungai

Meja restoran herba yang unik dan cantik

 Secawan herba gora berharga RM 7.00 di sini

Jika berkenan bolehlah memesan makanan berasaskan herba di sini.

 Kilang rempah ratus terdapat di sini

Rempah ratus jenama Mak Siti.

Datanglah melawat bersama keluarga mungkin sesuatu kelainan akan anda perolehi nanti.


Thursday, 1 August 2013

MANGGIS

Manggis (mangoesteen) atau nama saintifiknya garcinia mangostana adalah tumbuhan tropika malar hijau.Ia banyak didapati di Malaysia, Indonesia, Thailand , Filipina dan Hawaii. Isinya berwarna putih dan rasanya masam-masam manis.

Buah manggis enak rasanya lebih-lebih lagi jika di makan di bawah pokoknya.

 Pokok manggis berusia kira-kira dua tahun

Berumur 10 tahun, dahan merendang

Setelah berusia melebihi 50 tahun ia boleh mencecah ketinggian 25 meter.

Mulai berbuah sekitar berusia 7 hingga 8 tahun.

 Daun yang kering .Jika tidak disapu, beginilah keadaannya.

Buah yang masak ranum kadang-kadang akan gugur sendiri.


Hitam-hitam si tampuk manggis
Sungguh pun hitam dipandang manis.