Monday 30 September 2013

KECIL-KECIL CILI API

Pepatah Melayu ini bermaksud walaupun berbadan kecil tetapi berani atau mempunyai kelebihan/kepandaian yang tersendiri. Cili api juga disebut sebagai cili padi,cabai burung atau lombok rawit (sebutan dalam bahasa Jawa).Nama saintifiknya ialah capsicum frutescens linn .Dalam masyarakat Melayu cili api amat penting dalam kehidupan seharian mereka .Ini disebabkan kebanyakan masakan Melayu selalunya pedas-pedas belaka dan ia dianggap sebagai pembuka selera .

Sungguhpun kecil tetapi pedas

Menyemai cili api di petak semaian

Dipindahkan ke polibeg
Barisan polibeg berisi tanaman cili api. Antara musuh tanaman ini ialah serangga koya, afhid dan mites

 Tidak perlu ruang luas memadai disusun ditepi rumah

Mulai mengeluarkan hasil

Cantik juga jika ditanam di dalam pasu


Lanskap cili api....indah dan bermanfaat.Terima kasih kepada adinda Rabayah Bakri dan Zainal Abidin Tumijan atas sumber fotografi ini.Tahniah dan syabas kerana kalian telah berjaya mewujudkan suasana hijau dan lestari di keliling rumah di samping memperoleh hasil yang lumayan.

Harga borong cili api di pasaran Sabak Bernam adalah sekitar RM17.00 sekilo.

Sunday 8 September 2013

BULUH MADU

Buluh madu sangat popular di kalangan masyarakat Melayu sekarang ini. Lantaran rebungnya enak mempunyai rasa manis-manis buah menyebabkan ramai yang menggemarinya terutama apabila dimasak lemak , kari atau ditumis pedas begitu sahaja.Buluh madu atau nama saintifiknya gigantochloa albociliata dikatakan berasal dari China akan matang untuk diambil rebungnya ketika 8 bulan  selepas penanaman.

Ketika rumpunnya masih kecil ia boleh dijadikan perhiasan atau lanskap.
Secara komersil ia ditanam pada jarak 5 hingga 6 meter.Untuk mendapatkan buluhnya ia perlu membesar hingga 6 tahun.Buluhnya pula boleh dijadikan pencungkil gigi, penyepit makanan (chopstick) dan kraftangan.

Rebungnya agak kecil ketika di awal penanaman.

Buluh madu boleh ditanam menggunakan keratan batang, keratan dahan berakar atau menggunakan kaedah tisu kultur (kaedah ini lebih efisyen untuk menghasilkan kuantiti yang besar)



Rumpun buluh madu yang tumbuh lebih merimbun.Saiz dan ruasnya lebih besar cukup matang untuk pelbagai kegunaan.
Rebung yang sesuai untuk dituai