Monday, 30 September 2013

KECIL-KECIL CILI API

Pepatah Melayu ini bermaksud walaupun berbadan kecil tetapi berani atau mempunyai kelebihan/kepandaian yang tersendiri. Cili api juga disebut sebagai cili padi,cabai burung atau lombok rawit (sebutan dalam bahasa Jawa).Nama saintifiknya ialah capsicum frutescens linn .Dalam masyarakat Melayu cili api amat penting dalam kehidupan seharian mereka .Ini disebabkan kebanyakan masakan Melayu selalunya pedas-pedas belaka dan ia dianggap sebagai pembuka selera .

Sungguhpun kecil tetapi pedas

Menyemai cili api di petak semaian

Dipindahkan ke polibeg
Barisan polibeg berisi tanaman cili api. Antara musuh tanaman ini ialah serangga koya, afhid dan mites

 Tidak perlu ruang luas memadai disusun ditepi rumah

Mulai mengeluarkan hasil

Cantik juga jika ditanam di dalam pasu


Lanskap cili api....indah dan bermanfaat.Terima kasih kepada adinda Rabayah Bakri dan Zainal Abidin Tumijan atas sumber fotografi ini.Tahniah dan syabas kerana kalian telah berjaya mewujudkan suasana hijau dan lestari di keliling rumah di samping memperoleh hasil yang lumayan.

Harga borong cili api di pasaran Sabak Bernam adalah sekitar RM17.00 sekilo.

2 comments:

  1. Assalamualaikum en. saya ada pertanyaan? boleh tidak saya dapatkan maklumat pemborong cili padi sabak bernam?

    ReplyDelete
  2. Biasanya petani menjual terus kepada peruncit di pasar...tidak melalui pemborong kerana tanaman cili mereka secara kecil-kecilan.

    ReplyDelete