Thursday 1 December 2016

BUAH MARKISA

Buah markisa dikenali juga sebagai buah susu mempunyai rasa masam-masam manis apabila masak ranum.Terdapat dua jenis markisa di Malaysia: yang masak ranum berwarna kuning nama saintifiknya Passiflora edulis f.flvicarpa dan yang masak ranum berwarna ungu ialah Passiflora edulis sim.Walaupun vareitinya berbeza tatapi keduanya mempunyai rasa dan bau yang sama.
Belahan buah markisa yang telah masak ranum (dari vareiti berwarna ungu)

Pokok markisa tumbuh menjalar, oleh itu ia perlu junjung untuk ia memanjat.

Kuntum markisa

Bunga markisa amat cantik dilihat dari dekat dan ia berkembang setelah waktu tengah hari hingga ke petang.

Markisa berbuah lebat jika penjagaan dan pembajaannya betul

Ia mulai berbuah setelah berusia 5 hingga 6 bulan.Semua vareiti buah markisa berwarna hijau ketika muda.

Vareiti yang berwarna kuning dikatakan mula dibawa ke Malaysia dari Australia pada tahun 1960.

Buah markisa yang hampir masak sesuai dipetik untuk pasaran

Jika untuk dimakan sendiri, pilihlah yang telah masak ranum seperti ini.Buah yang ramum boleh dimakan terus dengan biji-bijinya sekali (bijinya kecil) atau boleh juga dibuat jus dengan memerahnya menggunakan kain kapas atau kain kasa.

Buah markisa masam rasanya,
Vitamin C memanglah ada;
Dibuat jus minumlah segera,
Mata mengantuk celik jadinya.


Thursday 10 November 2016

JAMBU BOL

Jambu bol juga dikenali sebagai jambu kepal atau jambu merah.Buah jambu ini mempunyai tekstur daging yang lebih lembut dan lebih padat jika dibandingkan dengan jambu air.Dalam bahasa Inggeris dikenali sebagai Malay Apple.Nama saintifiknya ialah Syzygium malaccense yang bererti berasal dari nama Malacca @ Melaka

 .Jambu bol yang sedang masak ranum..kecur air liur melihatnya.

 Biji jambu bol
 Anak jambu bol berusia 5 bulan

Berusia 3 tahun : belum berbuah lagi

Berusia lebih dari 10 tahun

 Jambu bol muda

Jambu bol yang hampir masak

Daun jambu bol bersaiz besar dan lebar.Pucuk jambunya boleh dimakan:
sama ada dibuat ulam atau dihiris nipis sebagai perencah laksa.

Kerajaan Negeri Selangor telah mengabadikan jambu bol dalam papan tanda
sebuah jalan di Shah Alam.

Jambu bol diberi nama,
Pohonnya rimbun lebat buahnya;
Cecah dengan kicap dan lada,
Orang mengidam amatlah suka.


Wednesday 14 September 2016

KOPI

Kopi mempunyai sejarahnya sendiri.Selain dijadikan bahan untuk  minuman ia juga boleh dijadikan bahan makanan berperisa kopi.


Buah kopi yang matang sudah boleh dipetik dari tangkainya.Yang ini jenis biji kopi robusta atau lebih dikenali sebagai kopi tempatan.Buahnya agak besar jika dibandingkan dengan jenis arabica atau liberica.






Putik kopi..lihat ada daun yang telah dimakan ulat.

Buah kopi yang telah matang...masa yang sesuai untuk dipetik


Buah kopi dikacip untuk mengeluarkan bijinya

 Biji kopi yang telah terlerai dari kulitnya

Kulit kopi jangan dibuang, taburkan di bawah pokok tanaman kerana ia 
akan menjadi baja asli

Rendam dengan air biasa selama tiga hari untuk menanggalkan lendirnya.

Selepas tiga hari,cuci biji kopi hingga tiada lendirnya dan jemur di panas matahari.Jemur antara 3 atau 4 hari sampai kulitnya merekah.

Beginilah keadaan biji kopi yang telah dikupas kulitnya.

 Kulit biji kopi boleh ditaburkan ke tanaman untuk baja asli.

Untuk menghasilkan serbuk kopi segar....tunggu ....InsyaAllah foto akan menyusul

Thursday 24 March 2016

DALAM KEBUN ADA PONDOK


Setelah bersara, terlintas di hati untuk kami membina pondok di dalam kebun.Oleh
 kerana kedudukan rumah kami yang agak jauh dari kebun (kira-kira 25 km) maka pondok ini mungkin relevan dibina sementara masih ada wang ganjaran di saku. Anggaran kos sekitar RM50 ribu mungkin berbaloi.

Tapak binaan dibersihkan dahulu

Tiang dan cerucuk konkrit


 Luas kawasan 22 kaki x 30 kaki mengandungi ruang tamu,dua bilik tidur, dapur, tandas dan bilik mandi.



Tiga pekerja Indonesia ditugaskan membinanya

Kami menggunakan cerucuk konkrit




Pekerja Indonesia terkenal dengan rajin dan kesungguhan dalam sektor pembinaan.


Proses pemasangan tiang

Membentuk beam


 Longgokan pasir untuk diisi dalam petak beam

Jentera berat banyak memainkan peranan untuk memudahkan kerja berat dan cepat,



Lori membawa bancuhan simen.Kami namakan lori ini lori siput.








Proses mengikat bata mula dijalankan


Ruang untuk bilik mandi dan tandas





Bilik yang banyak ruang tingkap merupakan satu konsep pengudaraan lestari supaya kediaman lebih sejuk dan nyaman tanpa penghawa dingin.



 Proses mengikat bata telah siap.Untuk binaan dinding ini ia memerlukan sebanyak 9000 biji batu bata .


 Kuda-kuda mulai dipasang.Dewasa ini kuda-kuda diperbuat dari aluminium.Ianya lebih ringan , tahan dan tidak dimakan anai-anai.

Proses pendawaian elektrik dilakukan awal sebelum proses melepa simen pada bahagian dinding.

Bumbung jenis sisik ikan digunakan agar kelihatan menarik. Kami memilih bumbung berwarna merah hati (maroon gelap)
Pendawaian di atas syiling kelihatan kemas menggunakan paip pvc


Pondok comel siap dibina dalam jangkawaktu tiga bulan.
Alhamdulillah kini sudah boleh digunakan sebagai tempat santai; sambil berkebun
jika penat berehatlah di sini.
Innalillahi wainna ilaihi rojiun...pada 23 Januari 2017 pondok
kami dikelilingi air banjir.Macam pulau. Akan tetapi alhamdulillah air tidak masuk ke dalam pondok kerana dibina tinggi..separas dengan ketinggian jalanraya berhampiran.

Pondok comel di dalam kebun,
Tempat berehat melepas penat;
Binaan konkrit tahan bertahun,
 Pekerjanya  rajin siaplah cepat.