Wednesday, 1 March 2017

JELAI

Jelai agak asing kepada kita namun di Indonesia ia cukup dimanfaatkan.Di Indonesia atau sebutan Jawanya ialah Jali.Nama saintifiknya ialah Coixlachryma - Jobi L atau Coix.agresis Lour.Ia adalah sejenis tumbuhan rerumput di mana daunnya seakan-akan jagung.

Pada dasarnya tumbuhan ini tidak banyak kegunaannya.Oleh kerana buahnya mempunyai bentuk yang bulat dan tirus di hujung serta agak keras dan berkilat 
maka ia sesuai dijadikan kraftangan seperti kalung dan tasbih.



 Apabila hampir matang ia berubah warna kehitam-hitaman.Setengah vareiti dikatakan ada yang berwarna merah.
Bagaimanapun setelah kering ia akan berubah warna menjadi putih kekelabuan.
Buah jelai dikatakan juga mempunyai khasiat. Antaranya mengubati sakit usus buntu, radang usus,kompilasi batu di saluran kencing,kencing bernanah, biri-biri,tidak datang haid,sakit kuning,kecacingan,sakit otot,kanser paru dan rahim,radang paru-paru dan batuk sesak. 

Buah jelai diberikan nama,
Kulitnya keras cantik bentuknya,;
Warna kelabu seakan mutiara,
Dibuat kalung dan tasbih juga.



No comments:

Post a Comment