Wednesday, 8 March 2017

BUAH JARI BUDDHA

Melihat bentuknya yang pelik ,memang sesuai dengan nama yang diberi.Nama saintifiknya Citrus medica var.sarcodactylis.Walaupun saya tidak pernah memakannya namun dari nama saintifiknya dapatlah kita mengenal yang ia adalah spieces limau.Di Vietnam buah ini banyak terdapat di pasar-pasar .

 Buah ini dikaitkan dengan upacara ritual penganut agama Buddha.Namun demikian ia terdapat juga di Acheh di mana kulitnya dibuat jeruk

 Bentuk yang unik seakan-akan jari.Dari situ ia mendapat nama

Tersusun rapi di dalam dulang, kelihatan cantik tapi tidak banyak kegunaannya kerana rasanya yang masam dan pahit.Foto ini diambil di Pasar Ben Thant ,Ho Chi Minh.

Jari Buddha diberi nama,
Bentuknya cantik tak banyak guna,
Rasa limau jeruk jadinya;
Masam pahit orang tak suka.

Wednesday, 1 March 2017

JELAI

Jelai agak asing kepada kita namun di Indonesia ia cukup dimanfaatkan.Di Indonesia atau sebutan Jawanya ialah Jali.Nama saintifiknya ialah Coixlachryma - Jobi L atau Coix.agresis Lour.Ia adalah sejenis tumbuhan rerumput di mana daunnya seakan-akan jagung.

Pada dasarnya tumbuhan ini tidak banyak kegunaannya.Oleh kerana buahnya mempunyai bentuk yang bulat dan tirus di hujung serta agak keras dan berkilat 
maka ia sesuai dijadikan kraftangan seperti kalung dan tasbih.



 Apabila hampir matang ia berubah warna kehitam-hitaman.Setengah vareiti dikatakan ada yang berwarna merah.
Bagaimanapun setelah kering ia akan berubah warna menjadi putih kekelabuan.
Buah jelai dikatakan juga mempunyai khasiat. Antaranya mengubati sakit usus buntu, radang usus,kompilasi batu di saluran kencing,kencing bernanah, biri-biri,tidak datang haid,sakit kuning,kecacingan,sakit otot,kanser paru dan rahim,radang paru-paru dan batuk sesak. Oleh kerana kandungan karborhiratnya tinggi ia dijadikan makanan ruji sesetengah masyarakat di Indonesia.

Buah jelai diberikan nama,
Kulitnya keras cantik bentuknya,;
Warna kelabu seakan mutiara,
Dibuat kalung dan tasbih juga.