Tuesday 16 April 2013

PELBAGAI JENIS PISANG

Pisang merupakan salah satu buah-buahan yang digemari penduduk Malaysia.Di Malaysia sahaja terdapat lebih dari dua puluh jenis pokok pisang yang terdiri dari pelbagai bentuk,ukuran dan rasa..Kegunaannya juga berbeza-beza bagi setiap jenis pisang.

 1Pisang Udang
Amat jarang dijumpai.Rasanya lemak manis.Ketika masih muda buah berwarna keunguan/kemerahan seolah-olah udang dibakar.Di situ ia mendapat nama.Akan tetapi dalam masyarakat Melayu kuno pokok pisang ini dikaitkan dengan kisah tahyul.

 2. Pisang Tanduk
Buahnya besar dan panjang tetapi sikatnya tidak banyak.Tidak sesuai dimakan mentah. Ia sesuai digoreng bersalut tepung.Kerepek pisang tanduk amat laris di pasaran Malaysia walaupun harganya lebih mahal dari kerepek pisang lain.


 3Pisang Bantan
Bila masak buahnya cepat luruh atau lerai dari sikatnya.Sesuai dijadikan buah pencuci mulut dan amat digemari oleh masayarakat Cina.Ia adalah salah satu jenis pokok pisang yang tumbuh tidak tinggi .

 4. Pisang Emas
Buahnya tidak mudah tanggal walaupun telah masak dan rasanya sangat manis. Buah yang muda boleh dibuat sayur gulai.Sesuai dimakan mentah apabila masak dan tidak sesuai digoreng.

Pisang Abu
5. Pisang Abu
Di Sabah pisang ini dipanggil pisang saba. Kononnya dari situlah Sabah mendapat nama.Sesuai digoreng dan jantungnya boleh dimasak sayur.Pokoknya lebih tinggi dari pisang biasa dan mempunyai batang dan tandan yang besar.Pisang yang muda selalunya dijadikan kerepek.

6. Pisang Rastali
Rasanya masam masam manis.Sesuai dijadikan pencuci mulut.Tidak banyak kegunaannya selain dimakan mentah apabila masak ranum.

7. Pisang Nangka
Ia sesuai digoreng mentah atau bersalut tepung. Masyarakat Jawa suka merebus pisang ini yang masih muda dan kemudian ditumbuk bercampur kelapa parut dan gula sebagai hidangan sarapan pagi.Mereka memanggilnya "getuk pisang". Makanan sebegini juga dijadikan bekalan semasa pergi bekerja di kebun suatu waktu dahulu.

8. Pisang Jari Buaya
Setakat ini dikatakan pisang ini tidak banyak gunanya selain diberikan makan kepada ayam ketika masak kerana rasanya yang tidak sedap.


 9. Pisang Berangan
Jenis pisang ini hanya dimakan mentah ketika masak ranum.. Tidak banyak kegunaannya berbanding pisang lain. Ia sangat digemari ramai kerana rasanya yang enak dan sering dieksport keluar negara terutama Singapura. Sungguhpun demikian sekarang sukar mendapatkan pisang ini kerana varieti ini adalah yang pertama diserang penyakit . Pisang berangan masak sesuai dijadikan pencuci mulut termasuk di hotel hotel.


10. Pisang Awak
Pisang ini jarang orang makan mentah apabila masak ranum.Ia sangat popular untuk digoreng tepung dan dimakan panas-panas. Bagi pisang yang telah masak ranum , paling digemari dibuat cucur kodok.Selain itu boleh juga dijadikan serawa ,mertabak pisang ,lempeng pisang dan lepat pisang. Daun pisang awak banyak kegunaannya. Antaranya untuk membungkus tapai, lepat,lopis dan membungkus nasi lemak.nasi ambeng.Suatu masa dahulu, batang pisang ini dijadikan tali untuk mengikat barang yang dibeli di kedai-kedai runcit.



11. Pisang Toman
Pisang toman ini berukuran purata 20 cm panjang.Lebih besar daripada pisang berangan. Ia sesuai untuk digoreng atau dibuat kerepek kerana berukuran besar.Pisang toman agak gebu apabila digoreng.Bagaimana pun jenis pisang ini tidak popular untuk pasaran.Pokoknya tidak berapa tinggi dalam sekitar 2.5 meter.
Pisang toman yang digoreng mempunyai rasa kemasaman sedikit

Kerepek pisang toman..lebih rangup daripada kerepek pisang tanduk.

Malaysia kaya pelbagai pisang,
Diolah menjadi hidangan makanan;
Berkebun mengisi masa lapang,
Penat lelah hasil lumayan.

43 comments:

  1. Terima Kasih atas infonya. Saya baru rancang mau buka kebun pisang di kawasan Selangor.

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by a blog administrator.

      Delete
  2. Harga pisang pn dh mahal skrg...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu sebab permintaan nya agak tinggi..

      Delete
  3. Alhamdulillah.. Dgn sedikit info ini sekurang2nya dapat saya gunakan dlm bisnes pisang..

    ReplyDelete
  4. Harga pasaran pun ok... problem kalau kene sakit terutama pisang abu....

    ReplyDelete
  5. Terima kasih kerana sudi menjengah blog kami yang sempoi ini.

    ReplyDelete
  6. Salam. Tuan. Pisang apa yg palingsesuai untuk di tanam. Keluasa tanah saya 1 hektar.

    ReplyDelete
  7. Salam. Tuan. Pisang apa yg palingsesuai untuk di tanam. Keluasa tanah saya 1 hektar.

    ReplyDelete
  8. Pisang awak tiada biji super special dari semanggol perak ada jual anak benihnya

    ReplyDelete
  9. Pisang awak tiada biji super special dari semanggol perak ada jual anak benihnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Owh... semanggol.. boleh sy dptkan nombor telefon awak... saya dr part buntar.. nk bli pisang awak

      Delete
    2. Owh... semanggol.. boleh sy dptkan nombor telefon awak... saya dr part buntar.. nk bli pisang awak

      Delete
  10. Maaf zahir batin...saya cuma blogger...pertanian yg dijalankan pun setakat suka suka sahaja.Ada post yang saya ambil hasil lawatan ke tempat{ladang} lain

    ReplyDelete
  11. Ada sesiapa ada pisang...hubungi saya abd rahim wasaap 0139323536

    ReplyDelete
  12. Terima kasih bagus maklumat Hang Kebun ini. Saya sedang selidik tentang kuih-muih Melayu yg dibuat dari pisang dan ini amat berguna. Semoga tuan diberkati.

    ReplyDelete
  13. Assalm Aida suka sgt makan gulai kuning pisang lagi2 klu campur ikan masin...cuma tak tahu pisang ape sesuai takut silap pisang plak alkisahnya saya tak kenal pisang sebab tak tau bezakan pasal semuanya nampak same ye nanti Aida nak apply ilmu mengenali jenis pisang ni melalui info yang hang kebun beri saya cuba la,ye...wsslm

    ReplyDelete
  14. Mana boleh dapat anak pokok pisang jari ?

    ReplyDelete
  15. Pisang jari buaya jarang dijumpai....sukar mendapat bekalan.Info di atas adalah hasil lawatan saya ke kebun rakan

    ReplyDelete
  16. aasalamualaikum sya syed saya ingin mencari pucuk pokok pisang awak , pisang batu , pisang abu , jika ada sila hubungi saya di no 0173007644 syed nawaz

    ReplyDelete
  17. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  18. Assalammualaikum Tuan,
    Saya Nor Aqilah, pelajar tahun akhir Universiti Teknologi MARA Shah Alam. Saya telah membaca artikel yang telah tuan post tentang cara penanaman pisang. sekarang saya sedang mencari pakar yang boleh berkongsi maklumat tentang penjagaan pisang. saya amat berbesar hati jika tuan sudi untuk berkongsi maklumat tentang cara penjagaan pisang. Boleh hubungi saya di 0174261715

    ReplyDelete
  19. Saye mencari pembekal daun pisang kampung untuk area lembah klang kalau ade boleh wasap saye 0166823585

    ReplyDelete
    Replies
    1. Daun pisang yang sesuai untuk pasaran adalah dari jenis pisang awak, pisang abu, pisang emas , rastali dan pisang bantan.Daun yang paling lebar dan tebal adalah dari pisang abu.

      Delete
  20. Saya sdang mencari maklumat pisang masam....x pasti nama komersel. Rupa seakan rastali ...tandan mmg pjg n sikat juga byk..pisang ni x popular .bila msk sbajik hbis smua 1tandan akan msk.

    ReplyDelete
  21. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  22. Tahniah.moga blog H.Kebun ni terus berkembang dgn info berkaitan pisang.Byk info sy kutip n kongsi buat kebun pisang sy...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih sudi menatap blog sempoi ni..

      Delete
  23. Nak beli pisang tanduk boleh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pisang tanduk mentah ada banyak dijual digerai tepi jalan antara Sungai Besar ke Sekinchan...anggaran sekilo RM5.00

      Delete
  24. Rujuk lg..sbb nk cari maklumat pisang

    ReplyDelete
  25. ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH
    TUAN BAGAIMANA CARA SAYA BOLEH BELI BENIH PISANG TOMANM DAN PISANG UDANG.CUMA HENDAK BELI DALAM 2 BATANG SAHAJA UTK MENYUBURKAN HOBI

    ReplyDelete
  26. Salam..saya nak cari pemborong pisang emas di Sabah..boleh hubung saya 01137342080

    ReplyDelete
  27. nak beli anak pokok pisang toman

    ReplyDelete
  28. Pesakit radang paru-paru Copd

    En. Abd Kadir bin Sumardi berusia 42 tahun ialah pengguna produk jus Jutawan herbs. Beliau telah disahkan mengidap kanser radang paru-paru pada akhir tahun 2020. Petanda awal sakit yang dihidapinya ialah batuk tak berhenti selama 3 bulan. Batuk yang berkahak dan adakalanya berdarah. Setelah mendapatkn rawatan di pelbagai klinik kerajaan dan swasta ,batuk beliau tetap tak sembuh selain itu juga sukar bernafas dan dada terasa sakit sangat.
    Banyak rawatan alternatif dari produk luar yang beliau ambil tapi tak berkesan. Kemudian rawatan hospital diteruskan termasuk prosedur X-ray dan sebagainya. Doktor pun mengesahkan beliau mengidap radang paru-paru akibat dari pencemaran alam sekitar yang mengandungi bahan kimia.

    Untuk makluman, En. Ab Kadir bekerja dalam persekitaran yang mengandungi pencemaran bahan kimia. Dengan bantuan sahabatnya yg telah berkongsi testimoni pengguna-pengguna produk Jutawan Herbs yang lain di facebook Jutawan Herbs, beliau pun menghubungi saya untuk mencuba jus tersebut. Beliau mendapatkan nasihat dan pandangan daripada saya lalu saya mengesyorkan beliau jus-jus yang sesuai dengan radang paru². Alhamdulillah dalam masa 2 minggu minum jus tersebut ,katanya sekejap saja kesan sudah terasa. Batuk samakin berkurang, nafas semakin lancar dan lega, beliau terus mengamalkan 2 jenis jus yang disyorkan selama beberapa bulan sehingga masalah pernafasan dan batuk terus semakin baik. Dari pengalaman yang saya berjumpa pesakit-pesakit sebelum ini, penyakit radang paru-paru copd adalah penyakit yang tiada ubatnya dan pesakit perlu menggunakan oksigen sekiranya semakin teruk. Tapi Alhamdulillah sehingga kini beliau makin sihat dan terus mengamalkan jus ini. Syukur pada tuhan atas kesumbuhan yang diberikan. Semoga maklumat yang sedikit ini dapat membantu pesakit lain juga di luar sana untuk sembuh.
    Nanti boleh hubungi En. Mohd Zuhairi dn pm sendiri testimoni2 td tu yer..๐Ÿ˜‰

    9)Jadi saya mintak pd sape2 yg ada sakit kanser x kisah lah kanser apa pon...Call atau terus wasap saya sendiri okay๐Ÿ‘‡๐Ÿป
    En. Mohd Zuhairi - 017468 7570


    ๐Ÿ’Yg penting ubat nya MAMPU DIBELI dan mujarab..mudah mudahan aaminn..๐Ÿคฒ๐Ÿผ


    Call order wasap@call saya- En mohd zuhairi- 0174687570

    ๐Ÿ˜kalau wasap saya blas lambat (biasa nya sebab ramai yg wasap saya.)
    Tak pa nanti sy balas wasap pelan2 taw
    #sharepadayangmemerlukan
    #sharing is caring
    En. Mohd Zuhairi ,Pengasas Jutawan Herbs- 017468 7570

    ReplyDelete
  29. Saya hendak beli pokok pisang Toman

    ReplyDelete