Memulakan projek dengan menanam nanas. Nanas kaya dengan vitamin A dan C.Mudah ditanam tetapi terpaksa menunggu lingkungan lapan bulan barulah boleh dituai hasilnya.
Benih nanas yang sihat sumbangan seorang kawan: Tuan Haji Zulkifli yang merupakan pesara pegawai MARDI. Nasihat beliau banyak membantu saya untuk beraktiviti pertanian.
Kawasan lapang untuk tanaman nanas. Terletak di bawah lindungan pepohon sukun dan pisang. Di sini masih mendapat pencahayaan melebihi 90 %.
Ditanam berjajar pada jarak kira-kira 0.8 meter
Semoga cepatlah membesar dan subur.Buat kali pertama ini penyiraman agak kerap kerana ditanam di musim panas yang terik.
Oleh kerana tidak banyak musuh (kecuali musang) maka tanaman nanaslah menjadi pilihan saya.
Oleh kerana tidak banyak musuh (kecuali musang) maka tanaman nanaslah menjadi pilihan saya.
No comments:
Post a Comment