Buah namnam adalah salah satu buah nadir yang terdapat di Semenanjung Malaysia.
Nama saintifiknya ialah Cynometra cauliflora kerana merujuk pada bunga dan buahnya yang muncul di batang.
Buah yang masam ini sesuai dimakan terus, mata yang mengantuk menjadi segar.Digemari oleh masyarakat Melayu kerana ia boleh dimakan bersama sambal kicap atau kuah rojak buah.Sesuai juga dijadikan halwa yakni merendamnya pada larutan gula yang pekat (jika buah terlalu banyak buah yang masak untuk dimakan terus dan mengelakkan pembaziran ).
Buah ini bersaiz sederhana sekitar satu genggaman tetapi leper.Bijinya besar dan leper dan dari situlah ia dibiakkan.
Poko namnam boleh membesar hingga tiga meter.Walaubagaimana pun biasanya pohonnya akan dicantas rendang sekitar dua meter untuk memudahkan memetik buahnya.
Namnam berbunga dan berbuah di batangnya hingga mencecah tanah.Di pangkal pokok inilah semut api suka bersarang.
Ada juga yang berbuah di dahan tinggi seperti ini .
Kulit yang berkedut-kedut ini menjadi identiti buah namnam dan membezakannya dari buah-buah nadir yang lain.
Buah namnam nama diberi,
Kulit berkedut itulah identiti;
Cicah kicap bercili padi,
Masam pedas menjilat jari.
Orang kita biasa gelarkan buah katak puru sebab kulitnya menggerutu seperti kulit katak puru.
ReplyDeleteBuah nadir yang banyak khasiat herbanya.
Buah nadir yang istimewa...digemari oleh wanita terutama yang mengandung/mengidam.Boleh ditanam di halaman rumah kerana pohon tidak terlalu tinggi dan rendang.
ReplyDeleteas salam...dimana ada jual buah ini yer? ade org mngandung...mengidam
ReplyDeleteOleh kerana ia adalah sebahagian buah nadir...maka jarang terdapat di pasaran.Di tempat kami pun sukar didapati...di kebun saya cuma ada sepohon...
ReplyDeletemacam mana saya nak dapatkan buah ni?
ReplyDeleteAmat sukar didapati...kalau ada pun ia bermusim dan jarang dijual di pasaran
Delete