Monday, 31 July 2017

PELBAGAI JENIS NANAS

1. Nanas Hijau (Selangor Green)
Daun dan buahnya yang berwarna hijau muda  menjadikan namanya sedemikian.Walaubagaimana pun ketika masak buah nanas ini akan bertukar menjadi kuning.Di Malaysia dikatakan ada sembilan
jenis varieti nanas
 Senang membiak kerana ia mempunyai tunas yang banyak sama ada di pangkal pokok atau di pangkal buah atau di bahagian jambul buah.Nanas ini tidak berapa komersil kerana rasa manisnya kurang berbanding nanas yang lain. Sesuai dijadikan jus, sirap nanas atau jem.Dari segi perubatan dikatakan ia boleh mengubati penyakit batu karang setelah meminum jus nanas tersebut.

2. Nanas Sarawak
Ia membiak menggunakan sulur ketiak dan dikatakan mengambil yang lama untuk membesar.Nanas Sarawak boleh dituai dalam jangkamasa satu setengah tahun.Masa yang lama dan tidak sesuai untuk tanaman komersil.Nama lain bagi nanas ini
ialah nanas pound.Jarang terdapat di pasar-pasar atau pasaraya.
 Nanas Sarawak dikatakan sebagai nanas yang bersaiz paling besar berbanding 
nanas-nanas lain di Malaysia.Bila masak ranum rasanya  manis.
Rumpun nanas jenis boleh membesar dan tinggi mencecah lebih dari satu meter
Pokok nanas Sarawak yang hidup subur dan tinggi.


3. Nanas Morris (Nanas Mauritius)
Jenis nanas ini senang didapati di pasar atau pasaraya kerana nanas ini mudah ditanam dan kurang diserang penyakit. Ia juga membiak dengan cepatnya di kawasan lapang.Nanas ini boleh ditanam sebanyak 13,750 pokok bagi setiap ekar menjadikan ianya salah satu nanas yang komersil di Malaysia.Ia sesuai dimakan segar walaupun belum masak ranum.Masyarakat Malaysia menggemarinya kerana selain dimakan segar ia boleh dibuat bahan acar mentah, rojak/pasembor,jus,paceri dan hirisan nanas boleh melembut masakan berasaskan daging.
Pemborong utama nanas ini adalah para peniaga kedai makanan dan katering.
Harga di pasaran semasa ialah antara RM2.50 ke RM3.00 sebiji.


4. Nanas Madu
Banyak didapati di pasar dan pasaraya walaupun harganya lebih mahal sedikit berbanding nanas Morris. Buah kecil sedikit dan agak bulat, nanum rasanya amat manis apabila ranum.Ketika ranum warnanya berubah menjadi kemerah-merahan.Ia sesuai di makan segar/ mentah kerana mengandungi nilai nutrisi yang tinggi untuk mencegah kolesterol.

Apabila dimakan mentah ia tidak menyebabkan kedut lidah dan tidak gatal di kerongkong.Nanas ini hanya untuk pasaran domestik.Harga di pasaran semasa adalah RM4.00 sebiji.


5. Nanas Yankee
Dahulunya ia dikenali sebagai nanas Selangor Sweet rasanya yang manis dan pernah menjadi ikon buah-buahan bagi negeri Selangor.Mudah untuk mengenalinya kerana sifat fizikal yang amat berbeza dari nanas-nanas lain.
 Bentuk jambulnya yang tirus dan tegak adalah idenditi nanas Yankee.

 Sulurnya tumbuh dengan banyak dipangkal buah.Mudah mendapatkan benih..pukul rata setiap pokok induk boleh menghasilkan antara 4 hingga 6 sulur
Harga di pasaran semasa adalah RM5.00 sebiji.

 Berdaun tirus dan tegak.Kawasan yang banyak ditanam nanas ini ialah di daerah Klang dan Kuala Langat.

Nanas Yankee warnanya putih kekuningan apabila
 masak ranum tidak seperti nanas-nanas yang lain.Warnanya seakan warna 
nanas yang masih muda tapi rasanya amat manis.

Terliur dibuatnya.

Nanas Malaysia enak rasanya,
Buat hidangan menambah selera;
Buah berkhasiat banyak gunanya,
Nombor sembilan pengeluar dunia

2 comments: