Wednesday 12 August 2015

FLORIA 2015: INDAHNYA ORKID

Orkid asalnya dari hutan,
Orang pungut bawa ke pekan,
Jadi hiasan rumah dan taman,
Kini dijual hasil lumayan.





Indahnya merah dan kuning











Orkid berkembang lama bertahan,
Ada yang lama sampai sebulan,
Pelbagai spesies serta kacukan,
Menambah koleksi orkid tempatan.

Friday 7 August 2015

FLORIA 2015 : LILI

Pelbagai varieti dan warna. Membiak menggunakan bebawang.Cantik dan menawan tapi sayang tak tahan lama dan mudah layu dalam beberapa hari. Kebanyakannya diimport dari luar negara yang beriklim sederhana sejuk. Lantaran cantik dan menawan maka  Floria 2015 telah memilih tema Lili.










Flora anggun aneka warna,
Diimport dari luar negeri;
Sudah tentu mahal harganya,
Sesuai dijadikan cendera hati.