Thursday, 1 December 2016

BUAH MARKISA

Buah markisa dikenali juga sebagai buah susu mempunyai rasa masam-masam manis apabila masak ranum.Terdapat dua jenis markisa di Malaysia: yang masak ranum berwarna kuning nama saintifiknya Passiflora edulis f.flvicarpa dan yang masak ranum berwarna ungu ialah Passiflora edulis sim.Walaupun vareitinya berbeza tatapi keduanya mempunyai rasa dan bau yang sama.
Belahan buah markisa yang telah masak ranum (dari vareiti berwarna ungu)

Pokok markisa tumbuh menjalar, oleh itu ia perlu junjung untuk ia memanjat.

Kuntum markisa

Bunga markisa amat cantik dilihat dari dekat dan ia berkembang setelah waktu tengah hari hingga ke petang.

Markisa berbuah lebat jika penjagaan dan pembajaannya betul

Ia mulai berbuah setelah berusia 5 hingga 6 bulan.Semua vareiti buah markisa berwarna hijau ketika muda.

Vareiti yang berwarna kuning dikatakan mula dibawa ke Malaysia dari Australia pada tahun 1960.

Buah markisa yang hampir masak sesuai dipetik untuk pasaran

Jika untuk dimakan sendiri, pilihlah yang telah masak ranum seperti ini.Buah yang ramum boleh dimakan terus dengan biji-bijinya sekali (bijinya kecil) atau boleh juga dibuat jus dengan memerahnya menggunakan kain kapas atau kain kasa.

Buah markisa masam rasanya,
Vitamin C memanglah ada;
Dibuat jus minumlah segera,
Mata mengantuk celik jadinya.


4 comments:

  1. Buah markisa sesuai dan enak dibuat jus

    ReplyDelete
  2. Memang sesuai dibuat jus...kalau kita berkunjung ke Brastagi Indonesia,pihak hotel di sana kebanyakannya menghidangkan jus markisa sebagai welcome drink.Kalau di Bandung mereka menghidangkan teh panas.

    ReplyDelete
  3. Salam.. Saya tgh mencari buah markisa untuk tujuan projek tahun akhir saya.. Boleh saya tahu mcm mna nk hubungi encik?

    ReplyDelete
  4. Saya tidak menanamnya...tuan boleh melawat kebun markisa bersebelahan TF Value Teluk Intan Utara.

    ReplyDelete