Pepatah Melayu ini bermaksud walaupun berbadan kecil tetapi berani atau mempunyai kelebihan/kepandaian yang tersendiri. Cili api juga disebut sebagai cili padi,cabai burung atau lombok rawit (sebutan dalam bahasa Jawa).Nama saintifiknya ialah
capsicum frutescens linn .Dalam masyarakat Melayu cili api amat penting dalam kehidupan seharian mereka .Ini disebabkan kebanyakan masakan Melayu selalunya pedas-pedas belaka dan ia dianggap sebagai pembuka selera .
Sungguhpun kecil tetapi pedas
Menyemai cili api di petak semaian
Dipindahkan ke polibeg
Barisan polibeg berisi tanaman cili api. Antara musuh tanaman ini ialah serangga koya, afhid dan mites
Tidak perlu ruang luas memadai disusun ditepi rumah
Mulai mengeluarkan hasil
Cantik juga jika ditanam di dalam pasu
Lanskap cili api....indah dan bermanfaat.Terima kasih kepada adinda Rabayah Bakri dan Zainal Abidin Tumijan atas sumber fotografi ini.Tahniah dan syabas kerana kalian telah berjaya mewujudkan suasana hijau dan lestari di keliling rumah di samping memperoleh hasil yang lumayan.
Harga borong cili api di pasaran Sabak Bernam adalah sekitar RM17.00 sekilo.