Thursday, 5 December 2013

KOKO

Penanaman koko mula diperkenalkan di Semenanjung Malaysia secara besar-besaran di awal tahun 1970an. Sebelum itu awalnya koko diperkenalkan di Malaysia pada tahun 1920 dan ditanam secara komersil pada tahun 1950.Ketika itu penenaman koko telah dimulakan di Sabah. Benih yang bermutu dibawa ke Semenanjung dan di tanam secara meluas di Bagan Datuh Perak dan Sabak Bernam (dua kawasan penanaman kelapa yang terkenal).Harga koko basah melambung tinggi hingga ke RM2.50 sekilo pada masa itu. Kini kedua-dua tempat itu sudah hampir kepupusan tanaman koko dan petani beralih kepada penanaman kelapa sawit.

 Buah koko yang sudah cukup masak untuk dituai

 Isi buah koko: rasanya masam-masam manis

Harga sekilo koko kering setakat ini mencecah hingga ke RM10.00 .Sungguhpun demikian kawasan penanaman koko di Malaysia kini semakin berkurangan kerana tanaman ini mudah diserang penyakit dan
rumit pengurusannya


Menyemai biji koko dalam bekas polibeg

 Anak koko berusia satu minggu





Pokok koko yang subur dan rendang. Tunas muda di pangkal perlu dicantas

Bunga koko

 Putik koko


 Buah mulai membesar


 Membesar di pangkal batang koko

Warna kekuningan tanda mulai masak

Koko banyak kegunaannya antaranya untuk dijadikan bahan minuman,makanan berasaskan coklat, gula-gula dan kosmetik (terdapat dalam gincu bibir).Minuman berasaskan koko dikatakan dapat memberikan tenaga dan tidak mengandungi dadah sepertimana teh dan kopi.

Buah koko masam rasanya,
Lembah Amazon tempat asalnya;
Buat minuman enak rasanya,
Pelbagai makanan dijadikanya.


Monday, 25 November 2013

PISANG TANDUK

Mungkin setakat ini ia adalah pisang yang paling besar (bagi setiap biji) yang pernah kita lihat .Mudah  menguruskannya tetapi perlu dialih penanamannya setelah dua kali penuaiannya. Jika tidak, pokok pisang itu akan tumbang kerana struktur pangkal batangnya tertenggek di permukaan tanah.

Benih pisang tanduk lebih mudah diambil dari sulurnya

Pisang tanduk disarankan ditanam pada jarak 2 x 2 meter.Jarak yang sesuai menentukan pembesaran dan mutu tanaman pisang ini.

Anak pisang tanduk yang sihat baru ditanam





Tandan pisang tanduk yang sederhana besar

 Tandan pisang tanduk yang sudah cukup matang untuk dijadikan kerepek pisang

 Kupas kulit pisang dan goreng dengan menggunakan penyagat (pisau khas untuk memotong)

 

Angkat dari kuali setelah agak kemerahan

Simpan dalam bekas kedap udara (supaya tidak masuk angin). Kerepek pisang memang sedap dimakan ketika sedang berehat bersama keluarga sambil menonton tv dan sesuai dijadikan hidangan untuk tetamu. Cubalah sendiri di rumah.

Saturday, 26 October 2013

KELAPA MATAG

Kelapa Matag adalah baka kelapa singkatan varieti kelapa Malayan Tall (Malaysia) dengan Tagnagan(Filipina). Kelapa jenis ini amat popular di Malaysia kerana ia mempunyai kepelbagaian kegunaan. Antaranya untuk mendapat air kelapa muda, santan, inti kuih muih,serbuk santan dan minyak ( terutama bagi proses minyak kelapa dara).Sabak Bernam dan Bagan Datoh adalah antara  lokasi penanaman dan bekalan kelapa yang penting di Malaysia.Kelapa ini lebih lasak dari serangan musuh berbanding kelapa pandan (serangan kumbang).

Buah Kelapa Matag

Menyemai benih kelapa matag

 Benih kelapa matag yang subur dan sihat

Siap ditanam

Mulai membesar. Rumput di sekeliling memberikan suhu yang baik buat pertumbuhan pokok selain mengelakkan serangan khinzir hutan (khinzir amat suka pada tempat/kebun yang bersih dan lapang)

Pokok yang subur beleh menghasilkan antara 12-18 biji kelapa bagi setiap tandan.



Thursday, 10 October 2013

SAYUR MERANTI

Jika tinggal di kampung sudah tentu kita biasa dengan nama ini. Ia berdaun hijau dan rasanya pahit. Kata orang ia boleh menjadi ubat atau antibodi tubuh kita.Nama saitifiknya solonum nigrum var patch. Sayur ini sesuai dimasak tumis pedas bersama tempe, kerabu,masak bening (masakan Jawa) atau campuran sayur untuk pecal.



 Berbuah berwarna hitam keunguan ketika masak ranum. Pembiakannya menggunakan keratan batang atau bijih benih dari buah ini.



Di masa lampau petani tidak menanam sayur ini. Mereka hanya memetik tangkai yang masih muda meranti ini di belukar-belukar. Meranti senang tumbuh meliar selepas pembukaan atau pembakaran belukar. Kini ia ditanam secara komersil oleh petani-petani.



Harga di pasar basah atau pasar sehari di Sabak Bernam ialah RM2.00 seikat (lebih kurang 500g).

Monday, 30 September 2013

KECIL-KECIL CILI API

Pepatah Melayu ini bermaksud walaupun berbadan kecil tetapi berani atau mempunyai kelebihan/kepandaian yang tersendiri. Cili api juga disebut sebagai cili padi,cabai burung atau lombok rawit (sebutan dalam bahasa Jawa).Nama saintifiknya ialah capsicum frutescens linn .Dalam masyarakat Melayu cili api amat penting dalam kehidupan seharian mereka .Ini disebabkan kebanyakan masakan Melayu selalunya pedas-pedas belaka dan ia dianggap sebagai pembuka selera .

Sungguhpun kecil tetapi pedas

Menyemai cili api di petak semaian

Dipindahkan ke polibeg
Barisan polibeg berisi tanaman cili api. Antara musuh tanaman ini ialah serangga koya, afhid dan mites

 Tidak perlu ruang luas memadai disusun ditepi rumah

Mulai mengeluarkan hasil

Cantik juga jika ditanam di dalam pasu


Lanskap cili api....indah dan bermanfaat.Terima kasih kepada adinda Rabayah Bakri dan Zainal Abidin Tumijan atas sumber fotografi ini.Tahniah dan syabas kerana kalian telah berjaya mewujudkan suasana hijau dan lestari di keliling rumah di samping memperoleh hasil yang lumayan.

Harga borong cili api di pasaran Sabak Bernam adalah sekitar RM17.00 sekilo.