Saturday, 29 June 2013

LADANG KURMA

Madinah Al Munawarah terkenal dengan identiti pengeluaran kurmanya.Antara kurma yang terkenal di sini Kurma Nabi (Ajwa),Mariami dan Ambar.Terdapat lebih dari seratus jenis kurma.

 Dari jauh seolah-olah ladang kelapa sawit

 Tandan kurma yang lebat dengan buahnya

 Untuk menjaga kualiti ada kurma yang dibungkus seperti ini

 Geram melihat buat kurma selebat ini



 Pelancong melawat ladang

 Kurma Ajwa

 Jurucakap keturunan Indonesia mempromosikan kurma di sini


 Kurma mariami (agak kering)


Tidak sah berkunjung ke Madinah jika tidak membeli kurma.Kurma adalah makanan Nabi Muhamamad S.A.W.

Sunday, 9 June 2013

SETEM PERIUK KERA

Cantik, mungkin kerana itulah terpilih untuk diabadikan dalam setem.





Periuk kera tumbuhan eksotik
Tumbuh di hutan dan tepi bukit
Sekali pandang memanglah cantik
Serangga teruja bendalir melekit

Saturday, 8 June 2013

SETEM BUAH-BUAHAN TEMPATAN

Pos Malaysia tidak lupa mempromosikan buah-buahan tempatan di dalam koleksi setem keluarannya. Koleksi di bawah adalah setem keluaran tahun 2002.

 











Ada lagi koleksi setem buah-buahan....hobi mengumpul setem terpakai mula dilupakan orang , lebih-lebih lagi generasi sekarang...ada yang mengatakannya sebagai hobi yang sudah ketinggalan zaman.



Generasi sekarang tahu asam gelugur tetapi ramai yang tak pernah lihat dan pegang buah asam gelugur.

Thursday, 16 May 2013

TAPAI PULUT

Masyarakat Melayu terkenal dengan pelbagai jenis makanan antaranya ialah tapai pulut.Mudah membuat tapai pulut. Anda boleh cuba sendiri dan tak perlu membeli.Sebelum itu sediakan daun pisang yang secukupnya untuk membungkus,beras pulut ,lidi kelapa dan ragi.

 Tidak semua daun pisang sesuai untuk membungkus. Carilah daun pisang awak,pisang abu,pisang rastali,pisang emas atau daun pisang raja.Bagi sekilo beras pulut anda memerlukan dua setengah pelepah daun pisang.

 Potong daun pisang dengan ukuran lebar 10-12 cm. Lap daun di kedua-dua permukaan dengan tuala atau kain yang bersih.

 Pulut yang telah dikukus.Kukus sebanyak dua kali supaya ia masak rata.Sebelum dikukus ,basuh bersih dan rendam lebih kurang 4-6 jam supaya kembang. Berhati-hati, jangan sampai bekas yang digunakan berbau minyak atau bergaram.Cuci bekas dengan sabun dan bilas (kalau boleh,semua bekas disiram dulu dengan air panas)

Ratakan pulut di atas talam dan biarkan sejuk sebelum diragikan

Ragi yang terpilih sahaja sesuai untuk membuat tapai.Jemur dahulu supaya ragi itu aktif semasa proses penapaian.Biasanya  sebiji ragi (bergarispusat 3-4 cm) harganya RM 1.00.Anda hanya memerlukan sebiji ragi bagi setiap dua kilo beras pulut yang digunakan.

Gesekkan ragi pada ayak logam (pastikan ayak telah dicuci bersih dari unsur minyak atau garam) dan halakan ke semua bahagian pulut supaya rata terkena ragi.


Taburkan sedikit gula pada pulut yang telah diragikan.Gula yang sedikit itu adalah sebagai pemankin supaya proses penapaian cepat berlaku dan tapai akan mengeluarkan air manisannya.

Lidi kelapa yang telah dipotong runcing untuk membungkus

 Cara membungkus: Letakkan sesudu makan pulut yang telah diragi

Lipat bahagian kanan

Lipat bahagian kiri

Sisipkan lidi kelapa di bahagian atas


Potong bahagian atas bungkusan supaya kelihatan kemas

Simpan dalam bekas dan tutup rapat. Biarkan selama 36 jam sebelum dimakan.Walaupun tapai mempunyai rasa yang sangat manis(tidak sesuai bagi penghidap kencing manis) namun ia mengandungi vitamin B yang baik untuk kesihatan.Makanlah ala kadar sebagai makanan pencuci mulut .Selamat mencuba.

Thursday, 9 May 2013

BUAH NAGA

Buah naga atau mata naga adalah sejenis tumbuhan kaktus dalam keluarga Cactaceae.Ia tergolong daripada Genus cereus (bermaksud kembang malam:  bunganya berkembang pada waktu malam). Walaupun ia berasal dari Amerika Selatan namun penanaman secara komersil bermula di Vietnam,Thailand dan Taiwan.Pada awalnya kita diperkenalkan dengan buah naga berisi putih tetapi sekarang varieti berwarna merah keunguan lebih popular kerana warnanya lebih menarik.. Apabila masak ia sesuai dimakan terus atau dibuat jus.


Tanaman yang subur dan sesuai dengan waktunya untuk berbunga

Kuntum buah naga

Ketika hampir mekar, kuntumnya memanjang

 Mulai berkembang (bermula sebelah malam)

Mekar indah berwarna putih
Bunga naga telah layu

Buah naga yang masih muda


Kemerah-merahan menandakan hampir masak

Sudah boleh dipetik

Di pasaraya harganya sekitar RM6.00 sekilo

Isinya yang berwarna keunguan

Cubalah menanamnya di keliling rumah anda.Selain menjadi hiasan ia juga boleh mendatangkan hasil cukup untuk sekeluarga.