Friday, 7 August 2015

FLORIA 2015 : LILI

Pelbagai varieti dan warna. Membiak menggunakan bebawang.Cantik dan menawan tapi sayang tak tahan lama dan mudah layu dalam beberapa hari. Kebanyakannya diimport dari luar negara yang beriklim sederhana sejuk. Lantaran cantik dan menawan maka  Floria 2015 telah memilih tema Lili.










Flora anggun aneka warna,
Diimport dari luar negeri;
Sudah tentu mahal harganya,
Sesuai dijadikan cendera hati.

Thursday, 23 July 2015

POHON TIN

Jika anda singgah ke Masjid Manjung anda akan ternampak pohon ini pada kedudukan sebelah kanan masjid. Inilah pohon tin, salah satu varietinya ada di sini.

 Rendang dan berdaun lebar




 Buah yang hampir masak nampak kemerahan

 Lebat buahnya




Pohonnya tak berapa besar tetapi daunnya cukup lebar.

Thursday, 9 October 2014

KELAPA GADING

Kelapa gading berwana kuning atau oren (jingga) pada buah dan pelepahnya. Ia adalah dari jenis kelapa yang lebih kecil daripada kelapa biasa . Sesuai ditanam pada jarak 6 x 6 x 6 meter kerana pelepahnya pendek.Buahnya pula lebih kecil tetapi air kelapa mudanya sedap dan manis.


Tanam anak kelapa tidak terlalu dalam dan kambus tanah

Kelapa gading cantik ditanam secara berjajar, sesuai juga dijadikan lanskap dikeliling bangunan atau pinggir padang.


Berumur dua tahun

 Berumur tiga tahun

Di usia tiga tahun ia sudah menampakkan seludang muda menandakan sudah hampir berbuah. Inilah kebaikan berbudi pada tanah.