Friday, 23 May 2014

KOLEKSI KAKTUS DAN TUMBUHAN GURUN

Kaktus merupakan tumbuhan yang banyak menyimpan air dalam batang atau daun.Tidak perlu menyiramnya terlalu kerap.Memadai dengan sedikit semburan air yang halus.Tidak mudah untuk menanamnya. Antara halangannya ialah struktur daun atau batang yang berduri ,jika terlebih siram pokok akan mati, perlu cahaya matahari dan juga masalah reput pada batang atau daun.





Seakan-akan aloe vera














Jika ingin melihat lebih dekat, datanglah ke Taman Agroteknologi MARDI Cameron Highlands.

Monday, 17 March 2014

ANTARA CILI PADI DAN LIDAH CICAK

Menanam bunga lidah cicak atau japanese rose bersama cili padi dalam satu pasu atau konsep dua dalam satu , bukanlah perkara baru.Bagaimanapun marilah kita cuba laksanakan.









Bunga lidak cicak ini hanya berkembang di waktu pagi dan layu menjelang tengah hari.


Hasilnya nanti cili untuk bahan masakan dan bunga lidah cicak pula sebagai perhiasan.

Lidah cicak tumbuhan sungkupan
Hidup menjalar kurang pepeluhan
Bersama cili subur berdekatan
Selain cantik hasil lumayan



Wednesday, 5 March 2014

SENI TALI TEMALI

Jika anda terjumpa seutas tali jut terbiar di pantai , segeralah ambil dan bawa pulang.Tali jut (biasanya digunakan untuk mengikat kapal atau bot nelayan) yang terbuang ini boleh dijadikan lanskap pada pokok buah-buahan di halaman rumah anda.


Mudah sahaja membuatnya.Anda hanya perlu membelitkan tali tersebut pada batang pokok buah-buahan .Ini diikuti dengan memaku tali tersebut pada batang itu. Lihat kaedah di bawah.

Langkah 1: Memilih batang pokok


Langkah 2: Memulakan belitan tali dengan menyilangkannya dan memaku tali


Langkah 3: Belit tali hingga habis






Langkah 4: Juraikan hujung tali satu persatu






Lagi banyak juraian tali, lagi cantik hasilnya. Selamat mencuba

Sunday, 16 February 2014

PAKU LANGSUYAR

Tumbuhan ini membiak melalui sporanya, amat senang untuk ditanam dan dijaga.Tidak perlu bermodal besar, memadai dengan sedikit ruang untuk ia menumpang.


Letakkan paku langsuyar pada pokok dan pakukan sabut kelapa ini di batang pokok itu. Sabut adalah medium yang cukup serasi dengan paku langsuyar kerana ia boleh menyimpan air.Keraplah menyiramnya kerana pokok ini memerlukan kelembapan.


Anak paku langsuyar hidup di mana saja asalkan ada kelembapan.


Boleh juga digantung seperti ini

 Dalam pasu biasa pun boleh


Nama saintifiknya Asplenium Nidus dari famili Aspleniceae .Dalam bahasa Inggeris ia dipanggil Nest Bird Fern. Dalam bahasa Jawa pula ia dikenali sebagai pokok kokok beluk (pokok burung hantu)




Paku langsuyar hidup menumpang
Menumpang di pokok biasanya di batang
Hijau kekuningan daun yang matang
Ada spora di bahagian belakang






DAISY...SUSAH SENANG MENJAGANYA

Sebelas bulan yang lalu saya menerima salah satu hadiah persaraan berupa tujuh buah pasu bunga daisy pelbagai warna. Pasu bunga ini diletakkan dalam rak bertingkat yang kelihatan sungguh menarik. Saya cuba menjaga bunga tersebut dan mengalihkannya pada pasu bunga yang lebih besar namun hanya empat dari tujuh pasu yang dapat diselamatkan kerana mati diserang haiwan perosak. Rupa-rupanya bunga ini mememerlukan disembur racun serangga (malathion) sekali setiap dua minggu bagi memusnahkan haiwan seni koya dan epifita (rahsia ini diceritakan oleh seorang pengusaha nursery di Sekinchan Selangor).

Inilah salah satu pasu bunga daisy yang masih berbunga dan subur hidupnya.Alhamdulillah, Maha Suci Allah.

Mengimbau masa lalu pada 15 Mac 2013 ketika menerima hadiah istimewa dari rakan : Ustaz Mohd Shuhor bin Marjono @ Abu Bakar.


Hadiah bunga daisy lengkap dengan rak bertingkat yang menarik


Bunga daisy pelbagai warna. Subhanallah..cantiknya. Kini tinggal empat pasu yang masih hidup.