Suatu hobi yang bermanfaat adalah berkebun...walaupun kebun yang dimiliki tak seluas mana. Semoga Allah memberikan keberkatan di atas usaha ini...Amin
Monday, 24 March 2014
Monday, 17 March 2014
ANTARA CILI PADI DAN LIDAH CICAK
Menanam bunga lidah cicak atau japanese rose bersama cili padi dalam satu pasu atau konsep dua dalam satu , bukanlah perkara baru.Bagaimanapun marilah kita cuba laksanakan.
Hasilnya nanti cili untuk bahan masakan dan bunga lidah cicak pula sebagai perhiasan.
Lidah cicak tumbuhan sungkupan
Hidup menjalar kurang pepeluhan
Bersama cili subur berdekatan
Selain cantik hasil lumayan
Lidah cicak tumbuhan sungkupan
Hidup menjalar kurang pepeluhan
Bersama cili subur berdekatan
Selain cantik hasil lumayan
Wednesday, 5 March 2014
SENI TALI TEMALI
Jika anda terjumpa seutas tali jut terbiar di pantai , segeralah ambil dan bawa pulang.Tali jut (biasanya digunakan untuk mengikat kapal atau bot nelayan) yang terbuang ini boleh dijadikan lanskap pada pokok buah-buahan di halaman rumah anda.
Mudah sahaja membuatnya.Anda hanya perlu membelitkan tali tersebut pada batang pokok buah-buahan .Ini diikuti dengan memaku tali tersebut pada batang itu. Lihat kaedah di bawah.
Langkah 1: Memilih batang pokok
Langkah 2: Memulakan belitan tali dengan menyilangkannya dan memaku tali
Langkah 3: Belit tali hingga habis
Langkah 4: Juraikan hujung tali satu persatu
Lagi banyak juraian tali, lagi cantik hasilnya. Selamat mencuba
Sunday, 16 February 2014
PAKU LANGSUYAR
Tumbuhan ini membiak melalui sporanya, amat senang untuk ditanam dan dijaga.Tidak perlu bermodal besar, memadai dengan sedikit ruang untuk ia menumpang.
Letakkan paku langsuyar pada pokok dan pakukan sabut kelapa ini di batang pokok itu. Sabut adalah medium yang cukup serasi dengan paku langsuyar kerana ia boleh menyimpan air.Keraplah menyiramnya kerana pokok ini memerlukan kelembapan.
Anak paku langsuyar hidup di mana saja asalkan ada kelembapan.
Boleh juga digantung seperti ini
Dalam pasu biasa pun boleh
Nama saintifiknya Asplenium Nidus dari famili Aspleniceae .Dalam bahasa Inggeris ia dipanggil Nest Bird Fern. Dalam bahasa Jawa pula ia dikenali sebagai pokok kokok beluk (pokok burung hantu)
Hijau kekuningan daun yang matang
Ada spora di bahagian belakang
Dalam pasu biasa pun boleh
Nama saintifiknya Asplenium Nidus dari famili Aspleniceae .Dalam bahasa Inggeris ia dipanggil Nest Bird Fern. Dalam bahasa Jawa pula ia dikenali sebagai pokok kokok beluk (pokok burung hantu)
Paku langsuyar hidup menumpang
Menumpang di pokok biasanya di batangHijau kekuningan daun yang matang
Ada spora di bahagian belakang
DAISY...SUSAH SENANG MENJAGANYA
Sebelas bulan yang lalu saya menerima salah satu hadiah persaraan berupa tujuh buah pasu bunga daisy pelbagai warna. Pasu bunga ini diletakkan dalam rak bertingkat yang kelihatan sungguh menarik. Saya cuba menjaga bunga tersebut dan mengalihkannya pada pasu bunga yang lebih besar namun hanya empat dari tujuh pasu yang dapat diselamatkan kerana mati diserang haiwan perosak. Rupa-rupanya bunga ini mememerlukan disembur racun serangga (malathion) sekali setiap dua minggu bagi memusnahkan haiwan seni koya dan epifita (rahsia ini diceritakan oleh seorang pengusaha nursery di Sekinchan Selangor).
Inilah salah satu pasu bunga daisy yang masih berbunga dan subur hidupnya.Alhamdulillah, Maha Suci Allah.
Mengimbau masa lalu pada 15 Mac 2013 ketika menerima hadiah istimewa dari rakan : Ustaz Mohd Shuhor bin Marjono @ Abu Bakar.
Hadiah bunga daisy lengkap dengan rak bertingkat yang menarik
Bunga daisy pelbagai warna. Subhanallah..cantiknya. Kini tinggal empat pasu yang masih hidup.
Mengimbau masa lalu pada 15 Mac 2013 ketika menerima hadiah istimewa dari rakan : Ustaz Mohd Shuhor bin Marjono @ Abu Bakar.
Hadiah bunga daisy lengkap dengan rak bertingkat yang menarik
Tuesday, 7 January 2014
DURIAN
Kebanyakan rakyat Malaysia amat menggemari buah durian. Sesuailah dengan dengan gelarannya Raja Buah-buahan Malaysia.
Di sebidang kebun yang tidak berapa luas saya suka menanamnya dengan pokok durian. Mungkin kerana durian mempunyai auranya yang tersendiri maka saya berbuat demikian.
Syukur ,kini setelah 10 tahun menunggu, berbuah juga akhirnya.Buahnya besar tetapi tidak banyak, mungkin ini sebagai permulaan agaknya.Mudah-mudahan pada musim akan datang pokok durian ini akan berbuah lebih banyak daripada sekarang.
Subscribe to:
Posts (Atom)

