Monday, 17 March 2014

ANTARA CILI PADI DAN LIDAH CICAK

Menanam bunga lidah cicak atau japanese rose bersama cili padi dalam satu pasu atau konsep dua dalam satu , bukanlah perkara baru.Bagaimanapun marilah kita cuba laksanakan.









Bunga lidak cicak ini hanya berkembang di waktu pagi dan layu menjelang tengah hari.


Hasilnya nanti cili untuk bahan masakan dan bunga lidah cicak pula sebagai perhiasan.

Lidah cicak tumbuhan sungkupan
Hidup menjalar kurang pepeluhan
Bersama cili subur berdekatan
Selain cantik hasil lumayan



Wednesday, 5 March 2014

SENI TALI TEMALI

Jika anda terjumpa seutas tali jut terbiar di pantai , segeralah ambil dan bawa pulang.Tali jut (biasanya digunakan untuk mengikat kapal atau bot nelayan) yang terbuang ini boleh dijadikan lanskap pada pokok buah-buahan di halaman rumah anda.


Mudah sahaja membuatnya.Anda hanya perlu membelitkan tali tersebut pada batang pokok buah-buahan .Ini diikuti dengan memaku tali tersebut pada batang itu. Lihat kaedah di bawah.

Langkah 1: Memilih batang pokok


Langkah 2: Memulakan belitan tali dengan menyilangkannya dan memaku tali


Langkah 3: Belit tali hingga habis






Langkah 4: Juraikan hujung tali satu persatu






Lagi banyak juraian tali, lagi cantik hasilnya. Selamat mencuba

Sunday, 16 February 2014

PAKU LANGSUYAR

Tumbuhan ini membiak melalui sporanya, amat senang untuk ditanam dan dijaga.Tidak perlu bermodal besar, memadai dengan sedikit ruang untuk ia menumpang.


Letakkan paku langsuyar pada pokok dan pakukan sabut kelapa ini di batang pokok itu. Sabut adalah medium yang cukup serasi dengan paku langsuyar kerana ia boleh menyimpan air.Keraplah menyiramnya kerana pokok ini memerlukan kelembapan.


Anak paku langsuyar hidup di mana saja asalkan ada kelembapan.


Boleh juga digantung seperti ini

 Dalam pasu biasa pun boleh


Nama saintifiknya Asplenium Nidus dari famili Aspleniceae .Dalam bahasa Inggeris ia dipanggil Nest Bird Fern. Dalam bahasa Jawa pula ia dikenali sebagai pokok kokok beluk (pokok burung hantu)




Paku langsuyar hidup menumpang
Menumpang di pokok biasanya di batang
Hijau kekuningan daun yang matang
Ada spora di bahagian belakang






DAISY...SUSAH SENANG MENJAGANYA

Sebelas bulan yang lalu saya menerima salah satu hadiah persaraan berupa tujuh buah pasu bunga daisy pelbagai warna. Pasu bunga ini diletakkan dalam rak bertingkat yang kelihatan sungguh menarik. Saya cuba menjaga bunga tersebut dan mengalihkannya pada pasu bunga yang lebih besar namun hanya empat dari tujuh pasu yang dapat diselamatkan kerana mati diserang haiwan perosak. Rupa-rupanya bunga ini mememerlukan disembur racun serangga (malathion) sekali setiap dua minggu bagi memusnahkan haiwan seni koya dan epifita (rahsia ini diceritakan oleh seorang pengusaha nursery di Sekinchan Selangor).

Inilah salah satu pasu bunga daisy yang masih berbunga dan subur hidupnya.Alhamdulillah, Maha Suci Allah.

Mengimbau masa lalu pada 15 Mac 2013 ketika menerima hadiah istimewa dari rakan : Ustaz Mohd Shuhor bin Marjono @ Abu Bakar.


Hadiah bunga daisy lengkap dengan rak bertingkat yang menarik


Bunga daisy pelbagai warna. Subhanallah..cantiknya. Kini tinggal empat pasu yang masih hidup.



Tuesday, 7 January 2014

DURIAN

Kebanyakan rakyat Malaysia amat menggemari buah durian. Sesuailah dengan dengan gelarannya Raja Buah-buahan Malaysia. 


Di sebidang kebun yang tidak berapa luas  saya suka menanamnya dengan pokok durian. Mungkin kerana durian mempunyai auranya yang tersendiri maka saya berbuat demikian.





Syukur ,kini setelah 10 tahun menunggu, berbuah juga akhirnya.Buahnya besar tetapi tidak banyak, mungkin ini sebagai  permulaan agaknya.Mudah-mudahan pada musim akan datang pokok durian ini akan berbuah lebih banyak daripada sekarang.


Thursday, 5 December 2013

KOKO

Penanaman koko mula diperkenalkan di Semenanjung Malaysia secara besar-besaran di awal tahun 1970an. Sebelum itu awalnya koko diperkenalkan di Malaysia pada tahun 1920 dan ditanam secara komersil pada tahun 1950.Ketika itu penenaman koko telah dimulakan di Sabah. Benih yang bermutu dibawa ke Semenanjung dan di tanam secara meluas di Bagan Datuh Perak dan Sabak Bernam (dua kawasan penanaman kelapa yang terkenal).Harga koko basah melambung tinggi hingga ke RM2.50 sekilo pada masa itu. Kini kedua-dua tempat itu sudah hampir kepupusan tanaman koko dan petani beralih kepada penanaman kelapa sawit.

 Buah koko yang sudah cukup masak untuk dituai

 Isi buah koko: rasanya masam-masam manis

Harga sekilo koko kering setakat ini mencecah hingga ke RM10.00 .Sungguhpun demikian kawasan penanaman koko di Malaysia kini semakin berkurangan kerana tanaman ini mudah diserang penyakit dan
rumit pengurusannya


Menyemai biji koko dalam bekas polibeg

 Anak koko berusia satu minggu





Pokok koko yang subur dan rendang. Tunas muda di pangkal perlu dicantas

Bunga koko

 Putik koko


 Buah mulai membesar


 Membesar di pangkal batang koko

Warna kekuningan tanda mulai masak

Koko banyak kegunaannya antaranya untuk dijadikan bahan minuman,makanan berasaskan coklat, gula-gula dan kosmetik (terdapat dalam gincu bibir).Minuman berasaskan koko dikatakan dapat memberikan tenaga dan tidak mengandungi dadah sepertimana teh dan kopi.

Buah koko masam rasanya,
Lembah Amazon tempat asalnya;
Buat minuman enak rasanya,
Pelbagai makanan dijadikanya.