Sebutannya mungkin agak janggal kerana tiada kaitan itik dengan kacang ini.Apapun kita terima sahajalah apa yang telah orang terdahulu menamakannya.Kacang ini membiak dengan menggunakan biji benih.Biji benihnya seakan-akan biji kacang parang atau kacang sepat.
Biji benihnya mudah bercambah dan paling senang hidup.Campakkan ke mana sahaja biji benih ke kawasan yang lembab dan pernah menerima air, tumbuhnlah ia.
Habitat pokok kacang ini adalah menjalar dan memanjat apa jua pokok atau dahan di depannya.
Ia berdaun lebar dan subur setelah dapat memanjat objek.
Untuk menggalakkan berbunga, buangkan atau kurangkan bilangan daunnya dan pangkas pucuknya agar ia bercabang dan berbunga.
Beginilah bentuk buah kacang itik.Apabila sudah tua, buahnya berubah warna menjadi kehitaman
Setangkai kacang itik yang sudah matang
Kacang itik yang sudah direbus
Keadaan bahagian dalam kacang itik yang sudah direbus
Biji benih kacang itik disimpan dalam bekas kedap udara supaya
panjang hayatnya.
Kacang itik pelik namanya,
Senang tumbuh di mana mana;
Digoreng atau direbus sahaja,
Enak rasa marilah cuba.
Setangkai kacang itik yang sudah matang
Kacang itik yang sudah direbus
Keadaan bahagian dalam kacang itik yang sudah direbus
Biji benih kacang itik disimpan dalam bekas kedap udara supaya
panjang hayatnya.
Kacang itik pelik namanya,
Senang tumbuh di mana mana;
Digoreng atau direbus sahaja,
Enak rasa marilah cuba.