Thursday, 16 May 2013

TAPAI PULUT

Masyarakat Melayu terkenal dengan pelbagai jenis makanan antaranya ialah tapai pulut.Mudah membuat tapai pulut. Anda boleh cuba sendiri dan tak perlu membeli.Sebelum itu sediakan daun pisang yang secukupnya untuk membungkus,beras pulut ,lidi kelapa dan ragi.

 Tidak semua daun pisang sesuai untuk membungkus. Carilah daun pisang awak,pisang abu,pisang rastali,pisang emas atau daun pisang raja.Bagi sekilo beras pulut anda memerlukan dua setengah pelepah daun pisang.

 Potong daun pisang dengan ukuran lebar 10-12 cm. Lap daun di kedua-dua permukaan dengan tuala atau kain yang bersih.

 Pulut yang telah dikukus.Kukus sebanyak dua kali supaya ia masak rata.Sebelum dikukus ,basuh bersih dan rendam lebih kurang 4-6 jam supaya kembang. Berhati-hati, jangan sampai bekas yang digunakan berbau minyak atau bergaram.Cuci bekas dengan sabun dan bilas (kalau boleh,semua bekas disiram dulu dengan air panas)

Ratakan pulut di atas talam dan biarkan sejuk sebelum diragikan

Ragi yang terpilih sahaja sesuai untuk membuat tapai.Jemur dahulu supaya ragi itu aktif semasa proses penapaian.Biasanya  sebiji ragi (bergarispusat 3-4 cm) harganya RM 1.00.Anda hanya memerlukan sebiji ragi bagi setiap dua kilo beras pulut yang digunakan.

Gesekkan ragi pada ayak logam (pastikan ayak telah dicuci bersih dari unsur minyak atau garam) dan halakan ke semua bahagian pulut supaya rata terkena ragi.


Taburkan sedikit gula pada pulut yang telah diragikan.Gula yang sedikit itu adalah sebagai pemankin supaya proses penapaian cepat berlaku dan tapai akan mengeluarkan air manisannya.

Lidi kelapa yang telah dipotong runcing untuk membungkus

 Cara membungkus: Letakkan sesudu makan pulut yang telah diragi

Lipat bahagian kanan

Lipat bahagian kiri

Sisipkan lidi kelapa di bahagian atas


Potong bahagian atas bungkusan supaya kelihatan kemas

Simpan dalam bekas dan tutup rapat. Biarkan selama 36 jam sebelum dimakan.Walaupun tapai mempunyai rasa yang sangat manis(tidak sesuai bagi penghidap kencing manis) namun ia mengandungi vitamin B yang baik untuk kesihatan.Makanlah ala kadar sebagai makanan pencuci mulut .Selamat mencuba.

Thursday, 9 May 2013

BUAH NAGA

Buah naga atau mata naga adalah sejenis tumbuhan kaktus dalam keluarga Cactaceae.Ia tergolong daripada Genus cereus (bermaksud kembang malam:  bunganya berkembang pada waktu malam). Walaupun ia berasal dari Amerika Selatan namun penanaman secara komersil bermula di Vietnam,Thailand dan Taiwan.Pada awalnya kita diperkenalkan dengan buah naga berisi putih tetapi sekarang varieti berwarna merah keunguan lebih popular kerana warnanya lebih menarik.. Apabila masak ia sesuai dimakan terus atau dibuat jus.


Tanaman yang subur dan sesuai dengan waktunya untuk berbunga

Kuntum buah naga

Ketika hampir mekar, kuntumnya memanjang

 Mulai berkembang (bermula sebelah malam)

Mekar indah berwarna putih
Bunga naga telah layu

Buah naga yang masih muda


Kemerah-merahan menandakan hampir masak

Sudah boleh dipetik

Di pasaraya harganya sekitar RM6.00 sekilo

Isinya yang berwarna keunguan

Cubalah menanamnya di keliling rumah anda.Selain menjadi hiasan ia juga boleh mendatangkan hasil cukup untuk sekeluarga.

Sunday, 5 May 2013

MELAWAT KEBUN KAWAN

Belajar bertani yang mudah adalah melalui kawan-kawan.Bertandanglah ke rumahnya dan pelajarilah ilmu bertani dari mereka yang berpengalaman khususnya yang tinggal di kampung-kampung.Pengalaman seseorang tidak serupa dan terpulang kepada kita sama ada ingin mengikuti jejaknya atau sebaliknya.Kebun kawan saya itu terletak di belakang rumah banglonya yang indah.Tanaman sayuran dan herba menjadi lanskap yang menarik.

 Pohon kedondong mulai berbuah

 Belimbing buluh

 Nangka galak berbuah pertama kali

 Anak rambutan

Pokok kayu manis

 Kelapa pandan

 Cili padi

Limau Kasturi

 Cabai burung di tepi longkang

 Pemandangan dalam kebun

 Terung

 Labu lemak

 Keladi
 Pohon inai

Pisang jari buaya

Pokok ubi kucir 

Pucuk labu sedap dimasak lemak

Tananam di keliling rumah boleh memberikan suasana yang tenang, segar dan nyaman.Kehijauan beginilah menjadi idaman kami sebagai penduduk kampung.Tidak perlu berbelanja lebih semata-mata untuk membeli sayur-sayuran.Ianya boleh didapati secara percuma di keliling rumah dan di dalam kebun sendiri.





Thursday, 2 May 2013

SESUMPAH

Sesumpah adalah haiwan reptilia yang bentuknya hampir menyerupai cicak.Warna hijaunya amat sesuai dijadikan media penyamaran dari serangan musuh.

 Penyamaran yang bagus,dari jauh tidak jelas ia berada.

 Barulah kelihatan bentuknya

 Lagi dekat, menyerlah imejnya yang berwarna hijau itu

Seperti sedang tidur

Haiwan ini selalu didapati di kebun-kebun atau hutan yang masih mengamalkan kelestarian alam. Makanannya adalah serangga kecil seperti rama-rama,lalat dan belalang .Keistimewaannya terletak pada lidahnya yang panjang dan boleh menangkap mangsa pada jarak 0.5 meter.