Pisang merupakan salah satu buah-buahan yang digemari penduduk Malaysia.Di Malaysia sahaja terdapat lebih dari dua puluh jenis pokok pisang yang terdiri dari pelbagai bentuk,ukuran dan rasa..Kegunaannya juga berbeza-beza bagi setiap jenis pisang.
1. Pisang Udang
Amat jarang dijumpai.Rasanya lemak manis.Ketika masih muda buah berwarna keunguan/kemerahan seolah-olah udang dibakar.Di situ ia mendapat nama.Akan tetapi dalam masyarakat Melayu kuno pokok pisang ini dikaitkan dengan kisah tahyul.
2. Pisang Tanduk
Buahnya besar dan panjang tetapi sikatnya tidak banyak.Tidak sesuai dimakan mentah. Ia sesuai digoreng bersalut tepung.Kerepek pisang tanduk amat laris di pasaran Malaysia walaupun harganya lebih mahal dari kerepek pisang lain.
3. Pisang Bantan
Bila masak buahnya cepat luruh atau lerai dari sikatnya.Sesuai dijadikan buah pencuci mulut dan amat digemari oleh masayarakat Cina.Ia adalah salah satu jenis pokok pisang yang tumbuh tidak tinggi .
4. Pisang Emas
Buahnya tidak mudah tanggal walaupun telah masak dan rasanya sangat manis. Buah yang muda boleh dibuat sayur gulai.Sesuai dimakan mentah apabila masak dan tidak sesuai digoreng.
Pisang Abu
5. Pisang Abu
Di Sabah pisang ini dipanggil pisang saba. Kononnya dari situlah Sabah mendapat nama.Sesuai digoreng dan jantungnya boleh dimasak sayur.Pokoknya lebih tinggi dari pisang biasa dan mempunyai batang dan tandan yang besar.Pisang yang muda selalunya dijadikan kerepek.
6. Pisang Rastali
Rasanya masam masam manis.Sesuai dijadikan pencuci mulut.Tidak banyak kegunaannya selain dimakan mentah apabila masak ranum.
7. Pisang Nangka
Ia sesuai digoreng mentah atau bersalut tepung. Masyarakat Jawa suka merebus pisang ini yang masih muda dan kemudian ditumbuk bercampur kelapa parut dan gula sebagai hidangan sarapan pagi.Mereka memanggilnya "getuk pisang". Makanan sebegini juga dijadikan bekalan semasa pergi bekerja di kebun suatu waktu dahulu.
8. Pisang Jari Buaya
Setakat ini dikatakan pisang ini tidak banyak gunanya selain diberikan makan kepada ayam ketika masak kerana rasanya yang tidak sedap.
9. Pisang Berangan
Jenis pisang ini hanya dimakan mentah ketika masak ranum.. Tidak banyak kegunaannya berbanding pisang lain. Ia sangat digemari ramai kerana rasanya yang enak dan sering dieksport keluar negara terutama Singapura. Sungguhpun demikian sekarang sukar mendapatkan pisang ini kerana varieti ini adalah yang pertama diserang penyakit . Pisang berangan masak sesuai dijadikan pencuci mulut termasuk di hotel hotel.
10. Pisang Awak
Pisang ini jarang orang makan mentah apabila masak ranum.Ia sangat popular untuk digoreng tepung dan dimakan panas-panas. Bagi pisang yang telah masak ranum , paling digemari dibuat cucur kodok.Selain itu boleh juga dijadikan serawa ,mertabak pisang ,lempeng pisang dan lepat pisang. Daun pisang awak banyak kegunaannya. Antaranya untuk membungkus tapai, lepat,lopis dan membungkus nasi lemak.nasi ambeng.Suatu masa dahulu, batang pisang ini dijadikan tali untuk mengikat barang yang dibeli di kedai-kedai runcit.
11. Pisang Toman
Pisang toman ini berukuran purata 20 cm panjang.Lebih besar daripada pisang berangan. Ia sesuai untuk digoreng atau dibuat kerepek kerana berukuran besar.Pisang toman agak gebu apabila digoreng.Bagaimana pun jenis pisang ini tidak popular untuk pasaran.Pokoknya tidak berapa tinggi dalam sekitar 2.5 meter.
Pisang toman yang digoreng mempunyai rasa kemasaman sedikit
Kerepek pisang toman..lebih rangup daripada kerepek pisang tanduk.
Malaysia kaya pelbagai pisang,
Diolah menjadi hidangan makanan;
Berkebun mengisi masa lapang,
Penat lelah hasil lumayan.