Sunday, 16 February 2014

PAKU LANGSUYAR

Tumbuhan ini membiak melalui sporanya, amat senang untuk ditanam dan dijaga.Tidak perlu bermodal besar, memadai dengan sedikit ruang untuk ia menumpang.


Letakkan paku langsuyar pada pokok dan pakukan sabut kelapa ini di batang pokok itu. Sabut adalah medium yang cukup serasi dengan paku langsuyar kerana ia boleh menyimpan air.Keraplah menyiramnya kerana pokok ini memerlukan kelembapan.


Anak paku langsuyar hidup di mana saja asalkan ada kelembapan.


Boleh juga digantung seperti ini

 Dalam pasu biasa pun boleh


Nama saintifiknya Asplenium Nidus dari famili Aspleniceae .Dalam bahasa Inggeris ia dipanggil Nest Bird Fern. Dalam bahasa Jawa pula ia dikenali sebagai pokok kokok beluk (pokok burung hantu)




Paku langsuyar hidup menumpang
Menumpang di pokok biasanya di batang
Hijau kekuningan daun yang matang
Ada spora di bahagian belakang






DAISY...SUSAH SENANG MENJAGANYA

Sebelas bulan yang lalu saya menerima salah satu hadiah persaraan berupa tujuh buah pasu bunga daisy pelbagai warna. Pasu bunga ini diletakkan dalam rak bertingkat yang kelihatan sungguh menarik. Saya cuba menjaga bunga tersebut dan mengalihkannya pada pasu bunga yang lebih besar namun hanya empat dari tujuh pasu yang dapat diselamatkan kerana mati diserang haiwan perosak. Rupa-rupanya bunga ini mememerlukan disembur racun serangga (malathion) sekali setiap dua minggu bagi memusnahkan haiwan seni koya dan epifita (rahsia ini diceritakan oleh seorang pengusaha nursery di Sekinchan Selangor).

Inilah salah satu pasu bunga daisy yang masih berbunga dan subur hidupnya.Alhamdulillah, Maha Suci Allah.

Mengimbau masa lalu pada 15 Mac 2013 ketika menerima hadiah istimewa dari rakan : Ustaz Mohd Shuhor bin Marjono @ Abu Bakar.


Hadiah bunga daisy lengkap dengan rak bertingkat yang menarik


Bunga daisy pelbagai warna. Subhanallah..cantiknya. Kini tinggal empat pasu yang masih hidup.