Thursday, 1 August 2013

LANSKAP DI HALAMAN RUMAH

Tidak perlu modal yang besar.Memadai dengan tempayan lama yang sudah tidak digunakan boleh dijadikan pasu bunga kertas.Pastikan dasar tempayan telah dilubangkan.




 Setelah dua bulan penjagaan, beginilah hasilnya


Pokok setawar mudah hidup di mana-mana

Setawar cepat membesar




  Hiasi taman mini dengan meja dan bangku simenfero.Satu set berharga sekitar RM 250 sahaja.

  Letakkan sedikit pasir dan batu sungai berbentuk bulat sebagai penyeri.

Bina titian kayu bertujuan untuk menyeberangi longkang
Kini titian kayu telah disapu sisa buangan minyak pelincir kereta supaya tahan lama dan tidak reput. Yang hitam itu menawan.

 Susun pasu-pasu bunga berkeliling sebagai pagar kawasan taman

 Tidak sangka mangga pula berbuah terjuntai menghala meja simenfero

 Buahnya jarang-jarang tetapi menarik untuk dipetik

 Beratnya anggaran 300 gram

 Potong dedaun ini supaya kelihatan kemas

 Pohon ara kecil ini boleh dibongsaikan jika rajin

 Tidak ketinggalan pohon sirih merimbun boleh dijadikan lanskap


 Replika cendawan batu menghiasi taman



Jika malas nak menggantung tinggi,gantung saja pada pokok limau purut ini. Sejuk, burung pun akan bersarang.

 Pokok Ati-ati mudah ditanam, hanya menggunakan keratan batangnya dan indah dengan pelbagai warna.




7 comments: