Sunday, 21 July 2019

BUAH GOREK

Mungkin asing bagi kita akan tumbuhan ini kerana ia bukanlah tumbuhan popular.Lagipun tidak banyak mengetahui akan kegunaannya selain dijadikan buah congkak (sejenis permainan tradisional masyarakat Melayu)

 Di hutan kayu bakau di tepi pantai beginilah tumbuhan borek ini sesuai hidup.Pokoknya tahan terkena air masin.Kesemua foto-foto ini diambil di pantai Bumi Hijau,Kampung Banting Sabak Bernam.


 Pohon gorek ini menjalar dan batangnya dipenuhi duri.Hati-hati mengambil buahnya khuatir tersangkut duri pada pakaian ataupun anggota badan. Sakit juga rasanya.
Nama saintifik bagi buah gorek ialah Caesalfinia crista.Di kalangan masyarakat Sabah mereka menyebutnya sebagai kamaunggik atau senggahar.

 Buah gorek yang sudah kering akan kelihatan begini:buahnya berwarna perang,merekah dan bijinya kelihatan dengan jelas.
Air rebusan biji gorek dikatakan dapat mengubati penyakit darah tinggi, kencing manis, gatal-gatal, sakit kepala, migran, asma, buasir dan banyak lagi.

Thursday, 10 January 2019

MAHA 2018: BUAH KELAPA TEMPATAN

Antara beberapa jenis kelapa yang dipamer di MAHA 2018 menarik minat saya kerana sejak kecil kami sekeluarga tinggal di persekitaran kawasan penanaman pokok kelapa.Kesemua tersebut memang ada di kebun kami dan pembiakan berterusan.
 Kelapa Gading Yellow Dwarf

 Kelapa Pandan
Air dan isinya berbau wangi seperti bau pandan

 Kelapa Hijau (Green Dwarf)
Bentuknya yang lonjong, mudah untuk dikupas(kopek) sabutnya .

 Kelapa Brown Dwarf

Kelapa Red Dwarf
Jenis ini cantik dijadikan hiasan halaman rumah kerana pohonnya kecil dan lambat tinggi.Warna kejinggaannya yang menyerlah menyejukkan mata memandang.

Di MAHA 2018 tidak pula saya terjumpa jenis kelapa MAWA, MATAG dan SGG.