Friday, 2 October 2015

FLORIA 2015 : KOLAJ


Kolaj ini dihasilkan dari bahan-bahan semula jadi seperti bijirin, herba, bunga,daun dan batang/ranting kering. Kelihatan menarik dan boleh dilakukan sendiri akan tetapi kesabaran mengatasi segala-galanya.










Kulit kuaci jangan dibuang,
Dedaun herba digunting ditampal;
Bagi mengisi masa terluang,
Untuk hiasan atau dijual.

Friday, 25 September 2015

FLORIA 2015 : TERARIUM

Seolah-olah taman mini di dalam bekas kaca atau akuarium.Tak perlu berbelanja mahal untuk menghasil seni taman mini ini.










Pepohon kecil disusun rapi,
Dicampur dengan batuan kerikil,
Tak cukup ruang letaklah di tepi,
Sebagai hiasan di sudut terpencil.

Thursday, 17 September 2015

FLORIA 2015 - REKACIPTA KREATIF


Kreativiti yang simple tetapi menarik.Kebanyakannya menggunakan bahan terbuang atau bahan yang mudah didapati di persekitaran.







Kerusi dan meja buluh : buluh senang didapati di kawasan  kampung dan pinggir hutan.



Kincir air dari buluh

Wednesday, 12 August 2015

FLORIA 2015: INDAHNYA ORKID

Orkid asalnya dari hutan,
Orang pungut bawa ke pekan,
Jadi hiasan rumah dan taman,
Kini dijual hasil lumayan.





Indahnya merah dan kuning











Orkid berkembang lama bertahan,
Ada yang lama sampai sebulan,
Pelbagai spesies serta kacukan,
Menambah koleksi orkid tempatan.

Friday, 7 August 2015

FLORIA 2015 : LILI

Pelbagai varieti dan warna. Membiak menggunakan bebawang.Cantik dan menawan tapi sayang tak tahan lama dan mudah layu dalam beberapa hari. Kebanyakannya diimport dari luar negara yang beriklim sederhana sejuk. Lantaran cantik dan menawan maka  Floria 2015 telah memilih tema Lili.










Flora anggun aneka warna,
Diimport dari luar negeri;
Sudah tentu mahal harganya,
Sesuai dijadikan cendera hati.