Mungkin setakat ini ia adalah pisang yang paling besar (bagi setiap biji) yang pernah kita lihat .Mudah menguruskannya tetapi perlu dialih penanamannya setelah dua kali penuaiannya. Jika tidak, pokok pisang itu akan tumbang kerana struktur pangkal batangnya tertenggek di permukaan tanah.
Benih pisang tanduk lebih mudah diambil dari sulurnya
Pisang tanduk disarankan ditanam pada jarak 2 x 2 meter.Jarak yang sesuai menentukan pembesaran dan mutu tanaman pisang ini.
Tandan pisang tanduk yang sederhana besar
Tandan pisang tanduk yang sudah cukup matang untuk dijadikan kerepek pisang
Kupas kulit pisang dan goreng dengan menggunakan penyagat (pisau khas untuk memotong)
Angkat dari kuali setelah agak kemerahan
Simpan dalam bekas kedap udara (supaya tidak masuk angin). Kerepek pisang memang sedap dimakan ketika sedang berehat bersama keluarga sambil menonton tv dan sesuai dijadikan hidangan untuk tetamu. Cubalah sendiri di rumah.