Orkid asalnya dari hutan,
Orang pungut bawa ke pekan,
Jadi hiasan rumah dan taman,
Kini dijual hasil lumayan.
Indahnya merah dan kuning
Orkid berkembang lama bertahan,
Ada yang lama sampai sebulan,
Pelbagai spesies serta kacukan,
Menambah koleksi orkid tempatan.