Baunya yang harum dengan aromanya yang tersendiri menyebabkan masyarakat Melayu tidak melupakannya dalam beberapa masakan tradisionalnya. Masakan yang terkenal yang menggunakan bunga kantan ialah asam pedas, nasi kerabu, kerabu mangga dan laksam. Ia merupakan sejenis pokok saka herba. Nama saintifiknya ialah Etlingera Elatior
Serumpun pokok bunga kantan
Mudah dibiakkan hanya dengan menggunakan umbisinya
Kuntum bunga kantan
Mulai mekar
Cantik apabila mekar
Bunga yang layu seterusnya mengeluarkan biji.Namun jarang kedengaran orang membiakkannya menggunakan biji.
Tiga kuntum bunga kantan ini berharga RM1.00 di pasar sekitar Sabak Bernam.
Kedua-dua jenis bunga kantan ini terdapat di Taman Burung Bukit Bendera Pulau Pinang.
Harum baunya si bunga kantan,
Tiga kuntum bunga kantan ini berharga RM1.00 di pasar sekitar Sabak Bernam.
Kedua-dua jenis bunga kantan ini terdapat di Taman Burung Bukit Bendera Pulau Pinang.
Tempat asalnya di dalam hutan,
Dicampur dalam pelbagai masakan,
Bunganya indah dibuat gubahan.