Thursday 24 March 2016

DALAM KEBUN ADA PONDOK


Setelah bersara, terlintas di hati untuk kami membina pondok di dalam kebun.Oleh
 kerana kedudukan rumah kami yang agak jauh dari kebun (kira-kira 25 km) maka pondok ini mungkin relevan dibina sementara masih ada wang ganjaran di saku. Anggaran kos sekitar RM50 ribu mungkin berbaloi.

Tapak binaan dibersihkan dahulu

Tiang dan cerucuk konkrit


 Luas kawasan 22 kaki x 30 kaki mengandungi ruang tamu,dua bilik tidur, dapur, tandas dan bilik mandi.



Tiga pekerja Indonesia ditugaskan membinanya

Kami menggunakan cerucuk konkrit




Pekerja Indonesia terkenal dengan rajin dan kesungguhan dalam sektor pembinaan.


Proses pemasangan tiang

Membentuk beam


 Longgokan pasir untuk diisi dalam petak beam

Jentera berat banyak memainkan peranan untuk memudahkan kerja berat dan cepat,



Lori membawa bancuhan simen.Kami namakan lori ini lori siput.








Proses mengikat bata mula dijalankan


Ruang untuk bilik mandi dan tandas





Bilik yang banyak ruang tingkap merupakan satu konsep pengudaraan lestari supaya kediaman lebih sejuk dan nyaman tanpa penghawa dingin.



 Proses mengikat bata telah siap.Untuk binaan dinding ini ia memerlukan sebanyak 9000 biji batu bata .


 Kuda-kuda mulai dipasang.Dewasa ini kuda-kuda diperbuat dari aluminium.Ianya lebih ringan , tahan dan tidak dimakan anai-anai.

Proses pendawaian elektrik dilakukan awal sebelum proses melepa simen pada bahagian dinding.

Bumbung jenis sisik ikan digunakan agar kelihatan menarik. Kami memilih bumbung berwarna merah hati (maroon gelap)
Pendawaian di atas syiling kelihatan kemas menggunakan paip pvc


Pondok comel siap dibina dalam jangkawaktu tiga bulan.
Alhamdulillah kini sudah boleh digunakan sebagai tempat santai; sambil berkebun
jika penat berehatlah di sini.
Innalillahi wainna ilaihi rojiun...pada 23 Januari 2017 pondok
kami dikelilingi air banjir.Macam pulau. Akan tetapi alhamdulillah air tidak masuk ke dalam pondok kerana dibina tinggi..separas dengan ketinggian jalanraya berhampiran.

Pondok comel di dalam kebun,
Tempat berehat melepas penat;
Binaan konkrit tahan bertahun,
 Pekerjanya  rajin siaplah cepat.